Jom Follow Alya...

Wednesday, January 13, 2010

Kenapa perlu bertukar ke Cloth Diapers?

 
 

Bagus utk baby kita
"Healthier, Chemical Free, Prevent & Reduce Diaper Rashes, More Comfortable, Early Potty"
Pampers mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.


Pampers juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian pampers. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian pampers yang terlalu lama.


Pampers juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 mendapati bahawa pampers menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.


Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding pampers. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai pampers akan menggunakannyer sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.


Bagus untuk persekitaran
"Environment friendly, no paper, no trees, it takes 20 tress to diaper one child for 2.5 years"
Pampers menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta pampers sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai pampers mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, pampers menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. pampers akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


Pampers  juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.


Bagus utk ibu bapa
"Great saving, more economically, reusable for future children, so each future sibling is now diapered for free, modern cloth diapers have a 50%-75% resale value, more convenient, easier to use"
Penggunaan pampers merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. walaupun harga sehelai CD akan dipandang mahal bg pengguna kerana harga sehelai CD dah dpt membeli sebungkus pampers. Tapi, anda boleh membuat perbandingan seperti di bawah...


Jika menggunakan pampers: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu.
- RM0.60 sekeping X 6=RM3.60 sehari
- RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
- RM1314 X 3 tahun = RM3942 untuk seorang anak
Jika menggunakan CD, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai CD ke 10 helai jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari.
-Sehelai CD (termasuk insert) = RM35
-12 CD: 12 X RM35 = RM420
-20 CD: 20 X RM35 = RM700 sahaja !!!
beli bnyk, boleh tahan lama sbb CD lmbt lusuh. Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika bilangan ahli keluarga bertambah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails